Monday, May 30, 2011

Adakah kita pendengar yang baik???

Rasa lama gila tak update blog..busy kerja dirumah,kalau berkesempatan pun cuma dapat online facebook je.Ini pun baru ada peluang,leka pulak duduk sambil2 baca majalah remaja ni banyak info menarik dari majalah yang noor baca.Kebanyakkan cerita tentang salahlaku pelajar,bagus untuk pelajar2 sekolah..tapi dalam banyak2 tajuk ni yang noor nak share dengan blogger,tajuknya adalah  TAJUK : JADI PENDENGAR YANG BAIK..mari dengar noor nak cite ni..mari dengar,mari dengar...

Sebuah komunikasi yang efektif memperlihatkan situasi di mana individu yang terlibat dengan komunikasi itu berpeluang mengutarakan dan mendengarkan hal yang ingin dibincangkan secara bersama-sama.Namun jika seorang sahaja yang berpeluang bercakap tanpa mahu mendengar apa yang diperkatakan oleh pihak lawan bicaranya,ia menunjukkan kegagalan dalam komunikasi tersebut.Jika kita mahu diri kita didengari,kita wajar menjadi pendengar yang baik dan adil kepada individu yang berada di sekeliling kita.

Dalam hidup bermasyrakat,kita perlulah mengetahui etika untuk menjadi pendengar yang baik.Lebih-lebih lagi dalam dunia perkerjaan!tapi pada noor dalam bersahabatan pun sama..ok kita sambung..
komunikasi yang baik bakal menjamin kejayaan individu dalam dunia perkerjaan masing-masing khususnya sewaktu sedang mengadakan perbincangan dengan pelanggan dan bermesyuarat bersama ahli kumpulan.Bukan itu sahaja,dalam lingkungan sosial juga perlu ada etika komunikasi yang baik.Salah satu elemen terpenting untuk menjai pendengar yang baik ialah menjadi pemerhati kepada setiap perkataan yang diluahkan oleh pihak lawan bicara di samping turut memerhatikan bahasa tubuh pihak lawan bicara kita.Perhatikan setiap perkataan yang di lafazkannya secara bersungguh-sungguh dan jangan terus mengambil kesimpulan atau memotong perbualan pihak si lawan bicara kita.Selain itu,jagalah kontak mata dengan lawan bicara,ini akan memberi kesan positif kepada respons si lawan bicara kita itu.ini juga membuktikan bahawa kita tertarik dengan topik yang sedang diperkatakannya.Jangan menunjukkan bahasa tubuh yang tidak tenang kerana ini akan membuatkan si lawan bicara berfikir bahawa kita tidak berminat denagan apa yang diperkatakannya.

Apabila tiba giliran kita berbicara,usahakan untuk mengulangi sedikit apa yang pihak lawan bicara kita katakan sebentar tadi.Hal ini bakal membuktikan bahawa kita telah mendengar butir bicaranya dengan baik.Kemudian berbicaralah dengannya secara ringkas dan jelas.cuba elak daripada mengunakan bahasa 'berkias' yang boleh disalahertikan.Apa yang paling penting,singkirkanlah ego ketika kita meluahkan pandangan sehingga hasil perbualan yang bakal kita dan pihak lawan peroleh adalah positif.Setelah berusaha untuk menjadi seorang pendengar yang baik,kitabakal menerima atau memperoleh hasil yang mengutungkan seperti kepercayaan orang lain terhadap diri kita lebih meningkat atau baik.Meskipun kita telah berada di tahap ini,kita masih perlu menjaga komunikasi yang sudah terjalin dengan terus menerus menjadi pendengar yang baik agar hubungan yang bakal terjalin dengan orang-orang di sekeliling kita lebih baik..
so kepada blogger2 harap-harap jadilah pendengar yang baik ye,percayalah dengan menjadi pendengar yang baik kita akan dapat sahabat,kawan serta kenalan yang lebih ramai..dan tak kuarang juga mengajar kita sentiasa bersikap positif...

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews