Tuesday, December 1, 2015

Penjara

Hari ni dapat perkataan "Penjara"

gambar hiasan

Shukri bin Hasim atau dikenali sebagai shark, seorang kanak-kanak yang hidup dalam keluarga yang penuh dengan masalah. Hasim bapa kepada Shukri seorang taik judi yang hidup penuh dengan hutang. hasim bukanlah seorang suami yang baik, apabila kalah isteri yang menjadi mangsa pelepasan kemarahannya. ibu shukri selalu dipukul bantai oleh bapanya, hasim akan buat apa sahaja untuk dapatkan duit bagi membayar hutang sehingga sanggup menjual ibunya. kadang kala ibubapanya selalu bergaduh, kerana ibunya tidak tahan dengan sikap suaminyya yang sebegitu. tiap kali ibubapa nya bergaduh, shukri akan keluar melepak dengan kawan-kawannya.

Apabila umur 11 tahun yang baru meningkat remaja shukri telah berani hisap rokok dan terlibat dengan kes buli di sekolah yang sering sahaja mempunyai masalah displin. selepas kematian ibunya ketika umurnya mencecah 17 tahun, Shukri telah berhenti sekolah dan bapanya tak pernah hiraukannya dan hanya sibuk dengan taik judi. Shukri berhenti sekolah dan bergaul bebas diluar. Hidupnya makin liar, Shukri rasa bangga menjadi ketua mafia, dengan kehebatan yang dia ada, dia digelar sebagai shark. Shark bangga dengan kerjanya meragut,mencuri, memeras ugut, dan samggup buat apa sahaja untuk dapat apa yang dia mahu. Hidupnya bertambah teruk apabila dia sanggup mengambil risiko kerja membunuh hanya semata-mata untuk mendapat ganjaran yang lumayan. Tetapi ia gagal, dia telah tertangkap oleh pihak polis. Berminggu-minggu Shark dipenjarakan. Lepas pebicaraan dan memang Shark didapati bersalah. Shrak dihantar ke sekolah juvana.

Sejak dimasukkan disitu Shark selalu dibuli, dipukul dan pelbagai masalah yang timbul tapi pada masa yang sama banyak benda yang Shark belajar tentang kehidupan. Shark belajar untuk melawan segala halangan untuk dia berubah menjadi orang yang lebih baik dan keluar dari penjara yang dia bina di jiwanya. Cukup tempoh tiba masanya Shark keluar mendapat dunianya yang sebenar. Shark keluar dari juvana yang dia anggap penjara, tetapi ia hanya seketika. setelah dia keluar dia diburu dengan kuncu-kuncu dan kawan-kawannya yang mengjak untuk menyertai semula aktiviti lama. Dia setuju.

Bebas dari penjara tak bererti dia bebas selagi dia tidak melepaskan jiwanya dari dunia yang penuh dengan kegelapan.-  rekaan semata-mata



Penjara adalah sebuah rumah yang berpintukan besi, berkatilkan simen, bantal beralaskan lengan. Rumah yang dikelilingi dinding yang kosong suasana yang gelap. penjara bukan hanya sebuah rumah yang dipenuhi banduan. jalan disekitar penjara dengar jeritan untuk meraih simpati, meminta tolong dikeluarkan dari dunia yang penuh kegelapan, suasana samar dari cahaya matahari menyelusuk masuk melalui lubang-lubang kecil. penjara sesuatu penghalang untuk merasa kebebasan. penghalang yang mungkin boleh wujud dalam diri seseorang, sesuatu yang mehalang diri dari berubah menjadi yang lebih baik.

Ego, hasat dengki, cemburu , dan benci yang ia adalah perasaan yang mengundang diri melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya kita lakukan. mungkin ego kerana cinta tidak kesampaian mencetuskan perebutan sehingga sanggup bunuh membunuh sesama sendiri. hasat dengki, cemburu atas kekayaan, kesenangan, dan kejayaan orang lain sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk merampas dan menjatuhkan kekayaan dan kejayaan orang lain. benci adalah segala perasaan yang membuat kita tidak sedar siapa diri kita sebenar. benci dan tidak perikemanusiaan adalah musuh utama dari yang lain kerana perasaan bencilah yang mempenjarakan hati dan jiwa,sebab tu diorang diluar sana melakukan jenayah sewenang-wenangnya. orang yang penjarakan hati sendiri adalah orang yang membenci dirinya sendiri tanpa sedar.

Wednesday, November 25, 2015

Lukisan

lukisan?? ada apa pada lukisan??. kalau kita google maksudnya lukisan adalah karya seni yang proses pembuatannya dilakukan dengan memulaskan cat dengan alat kuas lukis, pisau palet atau peralatan lain....yang dipenuhi warna-warni. Itu pada pandangan kita tetapi pada pandangan orang yang meminatinya? berbeza, dalam lukisan ada bentuk, ada warna,ada hitam -putih dan ada juga cerita disebalik setiap lukisan yang dihasilkan. 



Pernah dengar ada yang kata lukisan sama je dengan gambar, membawa maksud yang sama, but cerita disebalik lukisan mungkin dicipta,sudah berlaku mahu pun gambaran perasaan dari pelukis itu sendiri dan gambar pula cerita yang sedang berlaku ketika gambar itu diambil. lukisan yang terhasil dapat memyampaikan maklumat dan luahan perasaan seseorang. 



Dengan lukisan juga, kita boleh gunakan untuk melepaskan perasaan kita yang kita tidak boleh luahkan dengan kata-kata. terpulang mungkin perasaan marah,suka, sedih,keccewa.... means melukis boleh juga reduce stress. so pada yang tengah marah tu sebab gaduh dengan boyfriend ke tak perlulah nak hempas phone ke, baling-baling barang ke sampai berselerak satu bilik korang lepaskan marah tu dengan melukis, lukislah apa pun yang boleh mengambarkan perasaan marah tu.ok. -sheazie

Friday, January 9, 2015

part2- cerita tukang kunci



Asslammualaikum..hari ni nak sambung cerita semalam..

ketika muhammad umur 6 tahun,Muhammad mengalami demam panas. akibat lambat menghantar ke hospital Muhammad kekejangan otak yang mengakibatkan Muhammad cacat kekal. sejak itu hidup Fathia berubah. mereka tidak semewah dulu apabila company tempat Fad berkerja mengalami kerugian yang teruk dan status kewangan yang tak stabil. Fad sealu dibayar gaji lewat, itu membuatkan mereka susah tambahan pula Fathia memang tidak berkerja dan mereka banyak pakai duit buat perbelanjaan ubat ananknya Muhammad. kesempitan hidup membuatkan mereka suami isteri selalu bergaduh dan Fad jarang sekali balik kerumah. tak cukup itu dengan masalah kewangan dan rumah tangganya Fathia menerima dugaan apabila,anak keduanya Puteri Sarah didapati menghidap jantung berlubang masa itu baru berumur 7 tahun. Fathia pasrah dengan ketentuan allah, fathia kuat dan tabahkan hati untuk hadapi dugaan. sakit dan perit Fathia tanggung seorang. Fad sedikit pun tidak ambil tahu tentang anak-anaknya, satu hari itu Fathia sedar yang Fad tidak pergi kerja, bila ditanya alasannya dia sudah tidak berkerja kerana companynya dan bankrupt. hidupnya amat tersepit apabila Fad telah mengganggur. Disebabkan Fad tidak berkerja Fathia mengambil keputusan untuk berkerja dengan menjual nasi lemak bermodalkan duit simpanan yang tinggal. Fathia menampung perbelanjaan dengan untung menjual nasi lemak. sikap Fad makin hari makin berubah sejak dia mengganggur. Fad hanya tahu meminta duit sahaja dan tidak ambil kisah tentang anak. Fathia gigih menahan seksa dengan sikap Fad itu. 

pada Fathia anak keutamaannya. keadaan menjadi semakin teruk bila tengkaran berlaku, kerana Fathia tidak tahan dengan sikap Fad yang beterusan begitu lebih-lebih lagi bila Fad memarahi anaknya Muhammad yang cacat itu dan tidak mengaku Muhammad anaknya. berderai airmata Fathia dengan ucapan yang Fad lontarkan itu. Fathia tidak kisah jika fad mahu menghinanya buta dia terima tetapi bukan muhammad. perterlingkaran itu beterusan sehinggga Fad melafazkan talak. Fathia pengsan lepas kata-kata itu dilafazkan. perkahwinan pada usia yang muda akhirnya terlerai setelah  tahun bersama 10 tahun. Fad keluar meniggalkan anak bersama Fathia begitu sahaja. nasib baik ada kak sham yang prihatin datang kerumah, kak sham terkejut apabila melihat Fathia terbaring di atas lantai. kak sham yang menghantar fathia ke hospital sementara anak-anak Fathia diletakkan di rumah jiran. kak sham merupakan kakak angkatnya,tetapi kak sham jarang sekali datang melawat kerana suami kak sham tidak suka pada keluarga Fathia. doktor mengesahkan Fathia mengandung 2 bulan. berat sungguh dugaan yang Fathia tanggung. seminggu Fathia di hospital akhirnya di izinkan pulang. akan tetapi Fathia dapati rumahnya telah dijual. Fathia sedar ini mungkin kerja Fad, sebab Fathia tahu yang Fad tidak berkerja. untuk bertedur Fathia terpaksa mencari rumah sewa, dan Fathia dibantu oleh kak sham. merata mencari alhamdulilah jumpa juga rumah sewa,walaupun buruk tetapi Fathia bersyukur ada juga tempat bertedur. 

Fathia duduk dirumah itu dua beranak. memandangkan Fathia yatim piatu dan tidak mempunyai keluarga Fathia terpaksa berkerja sebagai tukang kunci berhampiran rumah sewanya. adakalnya Fathia membawa anaknya ketempat kerja adakalanya dia terpaksa mengunci kedua-dua anaknya didalam rumah kerana tidak ada sesiapa yang jaga. Fathia bernasib baik kerana dapat bos yang memahaminya. Fathia berkerja disitu sehingga kandungannya lahir. walaupun  susah tetapi Fathia dianugerahkan seorang puteri yang sangat comel dan sempurna yang dinamakan Aminah Puteri. Diam tak diam kini umur Aminah Puteri sudah mencecah 25 tahun dan bakal gradute dalam ijazahnya. Aminah Puteri dibesarkan oleh keluarga angkatnya iaitu Dato Yusof dan Datin Mariam. pada usia Aminah 6 tahun,Fathia meyerahkan Aminah kepada Dato Yusof dan Datin Mariam kerana Fathia tidak mampu dari segi kewangan. Tambahan lagi untuk mencari duit untuk kos pemedahan Puteri Sarah. Fathia berkerja keras untuk mengumpul duit, siang malam bekerja. Tetapi apakan daya sudah ajal. Puteri Sarah meninggal tanpa sempat membuat pemedahan. Meskipun Aminah telah duduk dengan keluarga angkatnya Dato Yusof, tetapi Dato Yusof tidak pernah meghalang atau memutuskan hubungan antara Aminah dan Fathia, malah Dato Yusof selalu menghulurkan bantuan kepada Fathia. Telah sekian lama atas dasar prihatin Dato Yusof telah mengambil Fathia sekeluarga tinggal dengannya dan mengganggp mereka sebahagaian dari keluarganya. kini Fathia telah berkerja di pusat kanak-kanak istimewa yang dibina oleh Dato Yusof sebagai ucapan terim kasih.-NRA

oklah nak call orang sekejap, maklumlah dapat call free sempena birthday hari ni..so
bersyukur sangat sebab sampai kehari ni I still breathe.-21 Lesson I Have Learned After 21 Years. Alive 
thank you Allah and I love You.

Thursday, January 8, 2015

cerita tukang kunci

ini semua sebab cerita. dengar tak seperti yang kita harapkan. dapat tak seperti kita sangka. semua terletak ditangan-nya. kita sebagai hamba haruslah terima walau apa jua keadaan yang dia beri. sakit atau pahit macam mana sekali pun tetatp kita kena telan. Mungkin rasa pahit itu sekarang membuatkan kita dapat manis itu dikemudian hari. dan tak mustahil juga rasa manis sekarang hilang dan timbul rasanya pahit di masa akan datang. takdir allah siapa yang dapat baca? hidup memerlukan perjuangan tak kira dalam keadaan apa pun. yang peting harus kuat dan tabah walau kita sebenarnya tak mampu untuk berdiri, itu tak bermaksud kita tak boleh bergerak. macam satu story ni. hidup seorang tukang kunci yang cacat penglihatan tapi mampu untuk membuat kerja seperti orang yang normal. seorang tukang kunci yang dikenali sebagai Fahtia. korang semua mesti ingatkan tukang kunci ni seorang lelaki kan. tak sama sekali. dia adalah seorang wanita yang menpunyai 3 orang anak.seorang lelaki(sulung) dan dua orang perempuan.

pada awalnya hidup mereka sekeluarga bahagia tak ada apa-apa masalah. cukup 1 tahun usia perkahwinan alahamdulilah fathia didapiti mengandung 2 minggu. tetapi semua itu berubah apabila cukup 3 bulan usia kandungannya, Fathia dan suaminya,Fad ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kandungannya gugur,manakala suaminya mengalami kecederaan yang teruk sehingga mengakibatkan kedua belah matanya tidk berfungsi. pada awalnya dia tidak dapat menerima bahawa kandungannya gugur,tetapi apabila dia melihat Fad terlantar,koma dan hilang penglihatannya,dia sedar yang di harus kuat untuk suaminnya. hampir sebulan fad koma akhirnya sedar. sekali lagi Fathia diuji apabila Fad tidak dapat menerima yang matanya sudah tiada. 

Fathia tidak sanggup melihat suaminya meraung,menjerit kerana tidak boleh terima takdir itu. Fathia buat keputusan untuk mendermakan matanya supaya suaminya dapat melihat semula. permedahan berjalan dengan lancar. Alhamdulilah usia perkahwinan mereka mencecah 2 tahun. mereka hidup bahagia walaupun Fathia tidak dapat melihat,Fad sedar Fathia telah berkorban untuknya. 3 tahun selepas keguguran itu Fathia didapati mengandung,saat itu adalah saat yang dinanti-nantikan oleh mereka berdua. Alhamdulilah Fathia selamat melahirkan seorang putera yang sempurna yang dinamakan Muhammad. cukup setahun umur Muhammad,Fathia mengandung lagi dan melahirkan seorang puteri yang sangat comel yang dinamakan Puteri Sarah. tapi iya tidak berkekalan, kerana kebahagiaan yang dikecapi diuji sekali lagi. -BERSAMBUNG

Monday, January 5, 2015

Konsert Akhir Gegar Vaganza or propose ?

Assalammualaikum...

Alhamdulilah dah berakhir Konsert Gegar Vaganza. Tahniah kepada para pemenang iaitu Ayai Ilusi dan para pemenang yang lain Fazli Zainal,Ifah Raziah,Rahmad Mega,Mamat Exist dan Haleeda dengan menyampaikan lagu yang cukup bertenaga dan mantap.


Konsert pada malam akhir ini meriah dengan persembahan yang cukup mantap antaranya Tomok,Jamal Abdillah,Adilla,Sharifah Zarina,Nadia,sam,shima,hasnol,Hairul,Alam dan ramai lagi. Dalam kemeriahan itu penonton dikejutkan dengan kejutan yang sangat mengegarkan pentas Konset Akhir Gegar Vaganza dimana Hanis Zalikha dibawa naik ke atas oleh Nabil dan juga Jehan Muse semasa Hairul Azreen membuat persembahan. kejutan yang Hairul Azreen buat amat memeranjatkan penonton apabila dia melamar Hanis Zalikha dihadapan semua penonton yang menghadiri Konsert Akhir Gegar Vaganza. 

Tahniah saya ucapkan pada kek nis a.k.a Hanis zalikha dan juga Hairul Azreen. semoga berbahagia ke Jannah. korang memang sweet couple.


always doa kebahagian kek nis dan captain hairul.memang tabik .
Congratulations to both of you. feeling loved :love:


Saturday, January 3, 2015

indahnya bahasa..

Asslammualaikum semua..
lama tak update..tiba-tiba rindu pula.so for this year 2015.kita update lah. kasi polish sikit blog ni.memandangkan idea datang menyinggah kita share.. :love:




Airmata tiada menanngiskan rasa
Sukar pula untuk diganbarkannya 
Rasa yang disimpan hanya sekadar hiasan jiwa
Sakit tertangung tak siapa menduga

Lukisan hati tingggi nilainya
Lukisan dilakar dengan sepenuh jiwa
Sayang tetapi bukan buat tatapan
Hanya usang untuk disimpan

Cupcake dihias berwarna biru
Pemanis mulut untuk hantaran 
Andai dalam hatiku ini rindu
Lenyapkan bayang dari pandangan

Cantik bermegah diwaktu malam
Itulah bulan terang indah bercahaya
Andai kasih tidak bersulam
Ikhlas hati penantian setia

Ayat klise biasa didengar
Suratan takdir jangan diduga
Andai ini kisah benar
Keputusan kau aku terima.-NRA

Wednesday, August 14, 2013

Takdir....


Takdir? satu perkara yang kita tak boleh nak lari dari dia. Kenyataan yang tak boleh nak ubah apa-apa pun, and tak boleh nak kata tidak, apa yang mampu buat hanya akur di setiap ketentuannya....Itu yang kita selalu 
perkatakan,tapi...untuk menanggungnya terlalu perit. Susah untuk terima walau itu adalah dugaan yang terpaksa kita terima. 

Manusia selalu salahkan takdir tapi tak pernah nak lihat apa hikmahnya di sebalik takdir itu malah kadang kala kita lupa untuk bersyukur dan terlalu leka dengan kebahgiaan yang kita kecapi sampai kita lupa akan kelukaan, kekecewaan, kesakitan. Sedangkan kelukaan kekecewaan kesakitan itu adalah satu perjalanan sempurnanya bagi sebuah kebahagiaan yang diaturkan oleh pencipta kita Allah S.W.T.

Tuhan tu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita walau kita rancang yang terbaik sekali pun, dia lebih merancang yang terbaik untuk hambanya cuma kita yang tak nampak malah nak menyalahkan takdir. Sebenarnya lagi banyak kita dapat dugaan, musibah, sakit dan kesusahan lagi indah kerana Allah lebih sayangkan kita.

Total Pageviews