Tuesday, December 1, 2015

Penjara

Hari ni dapat perkataan "Penjara"

gambar hiasan

Shukri bin Hasim atau dikenali sebagai shark, seorang kanak-kanak yang hidup dalam keluarga yang penuh dengan masalah. Hasim bapa kepada Shukri seorang taik judi yang hidup penuh dengan hutang. hasim bukanlah seorang suami yang baik, apabila kalah isteri yang menjadi mangsa pelepasan kemarahannya. ibu shukri selalu dipukul bantai oleh bapanya, hasim akan buat apa sahaja untuk dapatkan duit bagi membayar hutang sehingga sanggup menjual ibunya. kadang kala ibubapanya selalu bergaduh, kerana ibunya tidak tahan dengan sikap suaminyya yang sebegitu. tiap kali ibubapa nya bergaduh, shukri akan keluar melepak dengan kawan-kawannya.

Apabila umur 11 tahun yang baru meningkat remaja shukri telah berani hisap rokok dan terlibat dengan kes buli di sekolah yang sering sahaja mempunyai masalah displin. selepas kematian ibunya ketika umurnya mencecah 17 tahun, Shukri telah berhenti sekolah dan bapanya tak pernah hiraukannya dan hanya sibuk dengan taik judi. Shukri berhenti sekolah dan bergaul bebas diluar. Hidupnya makin liar, Shukri rasa bangga menjadi ketua mafia, dengan kehebatan yang dia ada, dia digelar sebagai shark. Shark bangga dengan kerjanya meragut,mencuri, memeras ugut, dan samggup buat apa sahaja untuk dapat apa yang dia mahu. Hidupnya bertambah teruk apabila dia sanggup mengambil risiko kerja membunuh hanya semata-mata untuk mendapat ganjaran yang lumayan. Tetapi ia gagal, dia telah tertangkap oleh pihak polis. Berminggu-minggu Shark dipenjarakan. Lepas pebicaraan dan memang Shark didapati bersalah. Shrak dihantar ke sekolah juvana.

Sejak dimasukkan disitu Shark selalu dibuli, dipukul dan pelbagai masalah yang timbul tapi pada masa yang sama banyak benda yang Shark belajar tentang kehidupan. Shark belajar untuk melawan segala halangan untuk dia berubah menjadi orang yang lebih baik dan keluar dari penjara yang dia bina di jiwanya. Cukup tempoh tiba masanya Shark keluar mendapat dunianya yang sebenar. Shark keluar dari juvana yang dia anggap penjara, tetapi ia hanya seketika. setelah dia keluar dia diburu dengan kuncu-kuncu dan kawan-kawannya yang mengjak untuk menyertai semula aktiviti lama. Dia setuju.

Bebas dari penjara tak bererti dia bebas selagi dia tidak melepaskan jiwanya dari dunia yang penuh dengan kegelapan.-  rekaan semata-mata



Penjara adalah sebuah rumah yang berpintukan besi, berkatilkan simen, bantal beralaskan lengan. Rumah yang dikelilingi dinding yang kosong suasana yang gelap. penjara bukan hanya sebuah rumah yang dipenuhi banduan. jalan disekitar penjara dengar jeritan untuk meraih simpati, meminta tolong dikeluarkan dari dunia yang penuh kegelapan, suasana samar dari cahaya matahari menyelusuk masuk melalui lubang-lubang kecil. penjara sesuatu penghalang untuk merasa kebebasan. penghalang yang mungkin boleh wujud dalam diri seseorang, sesuatu yang mehalang diri dari berubah menjadi yang lebih baik.

Ego, hasat dengki, cemburu , dan benci yang ia adalah perasaan yang mengundang diri melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya kita lakukan. mungkin ego kerana cinta tidak kesampaian mencetuskan perebutan sehingga sanggup bunuh membunuh sesama sendiri. hasat dengki, cemburu atas kekayaan, kesenangan, dan kejayaan orang lain sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk merampas dan menjatuhkan kekayaan dan kejayaan orang lain. benci adalah segala perasaan yang membuat kita tidak sedar siapa diri kita sebenar. benci dan tidak perikemanusiaan adalah musuh utama dari yang lain kerana perasaan bencilah yang mempenjarakan hati dan jiwa,sebab tu diorang diluar sana melakukan jenayah sewenang-wenangnya. orang yang penjarakan hati sendiri adalah orang yang membenci dirinya sendiri tanpa sedar.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews