Friday, December 2, 2011

Inikah Dugaan??


Dugaan sentiasa menghampiri setiap kehidupan kita. Motifnya tidak pernah kita ketahui.  Tetapi tiada sebab kita hendak menolaknya. Kerana itu adalah takdir dan ketentuan Allah pada hamba2 nya. Dan dugaan itu sudah menjadi sebahgian dalam hidup,kata orang tidak lengkap jika tidak ada dugaan serta cabaran dalam hidup kita. Jadi kita perlu bersyukur kerana itu menunjukkan yang Allah itu saying pada hamba-hambanya. kita dan aku sendiri perlu hadapinya dengan tabah dan sabar. Disaat ini aku perlu mencari kekuatan untuk hadapinya. Walaupun sukar untuk aku jalani. Betullah kata orang kita hidup tidak semudah yang kita sangka. Hidup ibarat bumi yang sentiasa berputar..kadang-kadang kita berada diatas,dan ada kalanya kita berada dibawah. Dalam hidup kita mesti bersyukur. Dan sekarang aku bersyukur kerana aku diberi dugaan yang tidak pernah aku minta hadir dalam hidup aku. Jika diikutkan kata hati aku mahu terus berlari,akan tetapi semakin aku berlari semakin kuat ia mengejar. Dari situ aku mula sedar yang aku patut berhenti dan harungi segala kemungkinan walaupun aku tidak tahu bila akan berakhir.

2 comments:

  1. kadang2 juga dugaan dtg dlm bentuk godaan...susah nak hadapi....
    LOL

    bwalking n folow sini
    to my blog - Acapsuur (>,<)

    ReplyDelete

Total Pageviews