Wednesday, August 14, 2013

Takdir....


Takdir? satu perkara yang kita tak boleh nak lari dari dia. Kenyataan yang tak boleh nak ubah apa-apa pun, and tak boleh nak kata tidak, apa yang mampu buat hanya akur di setiap ketentuannya....Itu yang kita selalu 
perkatakan,tapi...untuk menanggungnya terlalu perit. Susah untuk terima walau itu adalah dugaan yang terpaksa kita terima. 

Manusia selalu salahkan takdir tapi tak pernah nak lihat apa hikmahnya di sebalik takdir itu malah kadang kala kita lupa untuk bersyukur dan terlalu leka dengan kebahgiaan yang kita kecapi sampai kita lupa akan kelukaan, kekecewaan, kesakitan. Sedangkan kelukaan kekecewaan kesakitan itu adalah satu perjalanan sempurnanya bagi sebuah kebahagiaan yang diaturkan oleh pencipta kita Allah S.W.T.

Tuhan tu lebih tahu apa yang terbaik untuk kita walau kita rancang yang terbaik sekali pun, dia lebih merancang yang terbaik untuk hambanya cuma kita yang tak nampak malah nak menyalahkan takdir. Sebenarnya lagi banyak kita dapat dugaan, musibah, sakit dan kesusahan lagi indah kerana Allah lebih sayangkan kita.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews