Thursday, January 8, 2015

cerita tukang kunci

ini semua sebab cerita. dengar tak seperti yang kita harapkan. dapat tak seperti kita sangka. semua terletak ditangan-nya. kita sebagai hamba haruslah terima walau apa jua keadaan yang dia beri. sakit atau pahit macam mana sekali pun tetatp kita kena telan. Mungkin rasa pahit itu sekarang membuatkan kita dapat manis itu dikemudian hari. dan tak mustahil juga rasa manis sekarang hilang dan timbul rasanya pahit di masa akan datang. takdir allah siapa yang dapat baca? hidup memerlukan perjuangan tak kira dalam keadaan apa pun. yang peting harus kuat dan tabah walau kita sebenarnya tak mampu untuk berdiri, itu tak bermaksud kita tak boleh bergerak. macam satu story ni. hidup seorang tukang kunci yang cacat penglihatan tapi mampu untuk membuat kerja seperti orang yang normal. seorang tukang kunci yang dikenali sebagai Fahtia. korang semua mesti ingatkan tukang kunci ni seorang lelaki kan. tak sama sekali. dia adalah seorang wanita yang menpunyai 3 orang anak.seorang lelaki(sulung) dan dua orang perempuan.

pada awalnya hidup mereka sekeluarga bahagia tak ada apa-apa masalah. cukup 1 tahun usia perkahwinan alahamdulilah fathia didapiti mengandung 2 minggu. tetapi semua itu berubah apabila cukup 3 bulan usia kandungannya, Fathia dan suaminya,Fad ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kandungannya gugur,manakala suaminya mengalami kecederaan yang teruk sehingga mengakibatkan kedua belah matanya tidk berfungsi. pada awalnya dia tidak dapat menerima bahawa kandungannya gugur,tetapi apabila dia melihat Fad terlantar,koma dan hilang penglihatannya,dia sedar yang di harus kuat untuk suaminnya. hampir sebulan fad koma akhirnya sedar. sekali lagi Fathia diuji apabila Fad tidak dapat menerima yang matanya sudah tiada. 

Fathia tidak sanggup melihat suaminya meraung,menjerit kerana tidak boleh terima takdir itu. Fathia buat keputusan untuk mendermakan matanya supaya suaminya dapat melihat semula. permedahan berjalan dengan lancar. Alhamdulilah usia perkahwinan mereka mencecah 2 tahun. mereka hidup bahagia walaupun Fathia tidak dapat melihat,Fad sedar Fathia telah berkorban untuknya. 3 tahun selepas keguguran itu Fathia didapati mengandung,saat itu adalah saat yang dinanti-nantikan oleh mereka berdua. Alhamdulilah Fathia selamat melahirkan seorang putera yang sempurna yang dinamakan Muhammad. cukup setahun umur Muhammad,Fathia mengandung lagi dan melahirkan seorang puteri yang sangat comel yang dinamakan Puteri Sarah. tapi iya tidak berkekalan, kerana kebahagiaan yang dikecapi diuji sekali lagi. -BERSAMBUNG

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews