Friday, January 9, 2015

part2- cerita tukang kunci



Asslammualaikum..hari ni nak sambung cerita semalam..

ketika muhammad umur 6 tahun,Muhammad mengalami demam panas. akibat lambat menghantar ke hospital Muhammad kekejangan otak yang mengakibatkan Muhammad cacat kekal. sejak itu hidup Fathia berubah. mereka tidak semewah dulu apabila company tempat Fad berkerja mengalami kerugian yang teruk dan status kewangan yang tak stabil. Fad sealu dibayar gaji lewat, itu membuatkan mereka susah tambahan pula Fathia memang tidak berkerja dan mereka banyak pakai duit buat perbelanjaan ubat ananknya Muhammad. kesempitan hidup membuatkan mereka suami isteri selalu bergaduh dan Fad jarang sekali balik kerumah. tak cukup itu dengan masalah kewangan dan rumah tangganya Fathia menerima dugaan apabila,anak keduanya Puteri Sarah didapati menghidap jantung berlubang masa itu baru berumur 7 tahun. Fathia pasrah dengan ketentuan allah, fathia kuat dan tabahkan hati untuk hadapi dugaan. sakit dan perit Fathia tanggung seorang. Fad sedikit pun tidak ambil tahu tentang anak-anaknya, satu hari itu Fathia sedar yang Fad tidak pergi kerja, bila ditanya alasannya dia sudah tidak berkerja kerana companynya dan bankrupt. hidupnya amat tersepit apabila Fad telah mengganggur. Disebabkan Fad tidak berkerja Fathia mengambil keputusan untuk berkerja dengan menjual nasi lemak bermodalkan duit simpanan yang tinggal. Fathia menampung perbelanjaan dengan untung menjual nasi lemak. sikap Fad makin hari makin berubah sejak dia mengganggur. Fad hanya tahu meminta duit sahaja dan tidak ambil kisah tentang anak. Fathia gigih menahan seksa dengan sikap Fad itu. 

pada Fathia anak keutamaannya. keadaan menjadi semakin teruk bila tengkaran berlaku, kerana Fathia tidak tahan dengan sikap Fad yang beterusan begitu lebih-lebih lagi bila Fad memarahi anaknya Muhammad yang cacat itu dan tidak mengaku Muhammad anaknya. berderai airmata Fathia dengan ucapan yang Fad lontarkan itu. Fathia tidak kisah jika fad mahu menghinanya buta dia terima tetapi bukan muhammad. perterlingkaran itu beterusan sehinggga Fad melafazkan talak. Fathia pengsan lepas kata-kata itu dilafazkan. perkahwinan pada usia yang muda akhirnya terlerai setelah  tahun bersama 10 tahun. Fad keluar meniggalkan anak bersama Fathia begitu sahaja. nasib baik ada kak sham yang prihatin datang kerumah, kak sham terkejut apabila melihat Fathia terbaring di atas lantai. kak sham yang menghantar fathia ke hospital sementara anak-anak Fathia diletakkan di rumah jiran. kak sham merupakan kakak angkatnya,tetapi kak sham jarang sekali datang melawat kerana suami kak sham tidak suka pada keluarga Fathia. doktor mengesahkan Fathia mengandung 2 bulan. berat sungguh dugaan yang Fathia tanggung. seminggu Fathia di hospital akhirnya di izinkan pulang. akan tetapi Fathia dapati rumahnya telah dijual. Fathia sedar ini mungkin kerja Fad, sebab Fathia tahu yang Fad tidak berkerja. untuk bertedur Fathia terpaksa mencari rumah sewa, dan Fathia dibantu oleh kak sham. merata mencari alhamdulilah jumpa juga rumah sewa,walaupun buruk tetapi Fathia bersyukur ada juga tempat bertedur. 

Fathia duduk dirumah itu dua beranak. memandangkan Fathia yatim piatu dan tidak mempunyai keluarga Fathia terpaksa berkerja sebagai tukang kunci berhampiran rumah sewanya. adakalnya Fathia membawa anaknya ketempat kerja adakalanya dia terpaksa mengunci kedua-dua anaknya didalam rumah kerana tidak ada sesiapa yang jaga. Fathia bernasib baik kerana dapat bos yang memahaminya. Fathia berkerja disitu sehingga kandungannya lahir. walaupun  susah tetapi Fathia dianugerahkan seorang puteri yang sangat comel dan sempurna yang dinamakan Aminah Puteri. Diam tak diam kini umur Aminah Puteri sudah mencecah 25 tahun dan bakal gradute dalam ijazahnya. Aminah Puteri dibesarkan oleh keluarga angkatnya iaitu Dato Yusof dan Datin Mariam. pada usia Aminah 6 tahun,Fathia meyerahkan Aminah kepada Dato Yusof dan Datin Mariam kerana Fathia tidak mampu dari segi kewangan. Tambahan lagi untuk mencari duit untuk kos pemedahan Puteri Sarah. Fathia berkerja keras untuk mengumpul duit, siang malam bekerja. Tetapi apakan daya sudah ajal. Puteri Sarah meninggal tanpa sempat membuat pemedahan. Meskipun Aminah telah duduk dengan keluarga angkatnya Dato Yusof, tetapi Dato Yusof tidak pernah meghalang atau memutuskan hubungan antara Aminah dan Fathia, malah Dato Yusof selalu menghulurkan bantuan kepada Fathia. Telah sekian lama atas dasar prihatin Dato Yusof telah mengambil Fathia sekeluarga tinggal dengannya dan mengganggp mereka sebahagaian dari keluarganya. kini Fathia telah berkerja di pusat kanak-kanak istimewa yang dibina oleh Dato Yusof sebagai ucapan terim kasih.-NRA

oklah nak call orang sekejap, maklumlah dapat call free sempena birthday hari ni..so
bersyukur sangat sebab sampai kehari ni I still breathe.-21 Lesson I Have Learned After 21 Years. Alive 
thank you Allah and I love You.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews